Abi Stroud, 18, akan mengalami serangan panik sekiranya makan sayur-sayuran dan buah-buahan segar, malah membuatnya tidak keruan jika melihat seseorang mengopek kulit pisang.
Remaja tersebut mula menolak cara pemakanan normal sejak berusia 10 tahun akibat masalah psikologi selepas kematian neneknya sambil menyatakan dia berasa malu dengan perkara itu.Masalah yang dihadapi Stroud digelar 'Masalah Pemilihan Makanan (SED)', di mana dia mengalami fobia terhadap kesemua makanan sehingga membuatnya takut untuk mencuba sesuatu yang baru.Selain itu, remaja tersebut juga hanya makan makanan yang disediakan oleh ibunya, Debra, 42.Amalan pemakanannya turut menyebabkan Stroud mengalami masalah kesihatan dan berat badan sejak berusia 16 tahun.
-Sumber-
No comments:
Post a Comment