Kurt Donald Cobain, seorang pemain gitar terkenal dalam kumpulan rock, Nirvana, adalah nama besar dalam arena muzik rock antarabangsa.
Perintis kepada genre muzik Grudge itu pernah menjadi fenomena dan kegilaan muzik rock kepada anak-anak muda pada awal tahun 90-an.
Cobain yang lahir pada 20 Februari 1967, sempat merakamkan tiga album iaitu Bleach, Nevermind dan Utero sebelum meninggal dunia pada April 1994 di usia yang terlalu muda, 27 tahun.
Menerokai sejarah hidup Cobain, umum mengetahui dia seperti mengalami masalah tekanan jiwa sejak kecil lagi akibat dari perceraian ibu bapanya ketika dia berusia tujuh tahun dan mendakwa dirinya tidak mendapat kasih sayang yang cukup.
Malah, sejak bergiat aktif sebagai artis, Cobain banyak meluahkan penderitaan hidupnya melalui lagu-lagu yang dicipta sendiri dan didendangkan ketika bersama kumpulan Nirvana.
Selain itu, terdapat juga fakta yang mengatakan Cobain mempunyai sejarah keluarga yang terlibat dalam kes bunuh diri di mana dua orang bapa saudaranya bertindak membunuh diri apabila masing-masing di temui mati dengan peluru menembusi kepala mereka.
Cobain turut mempunyai naluri ‘membunuh diri’ yang kuat apabila dia pernah merakam video yang menggambarkan dirinya meninggal dunia akibat bunuh diri.
Dalam memberikan ilham terhadap lagu yang diciptanya sendiri, ramai yang tidak tahu lagu popular ciptaan Cobain iaitu ‘Smells Like Teen Spirit’ diambil sempena dengan sejenis pewangi ketiak yang dipakai oleh Cobain sendiri.
Selain itu, Cobain tertarik dengan judul lagu itu apabila seorang rakannya telah menconteng di dinding hotel dengan perkataan ‘Kurt Smells Like Teen Spirit’ yang mendorong dia untuk terus berkarya dengan judul usikan rakannya itu.
Bukan itu sahaja, Cobain juga mengalami masalah mental yang agak serius apabila dia mengalami halusinasi yang teruk dan mendakwa mempunyai seorang ‘rakan’ yang akan menjelma dan mengarahkan dirinya untuk melakukan perkara yang tidak elok.
Ekoran dari halusinasi yang tinggi, Cobain menggelarkan dirinya sebagai ‘Boddah’ yang sentiasa berinteraksi pelik dengan ‘rakannya’ itu yang lebih mendorong dirinya untuk membunuh diri.
No comments:
Post a Comment