Berita!!? - Zuckerberg Jumpa PM Jepun






Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg di kediaman rasminya di sini semalam.

"Terdapat perasaan yang melucukan untuk melihat anda di sini kerana saya menonton filem itu," kata Noda kepada Zuckerberg.

Noda merujuk filem The Social Network yang mengisahkan bagaimana Facebook dicipta.

Namun, filem tersebut tidak menampilkan peribadi sebenar Zuckerberg.

"Amat berbeza," kata pengasas bersama Facebook yang berusia 27 tahun itu sambil ketawa semasa memberi reaksi terhadap kenyataan Noda.

Perdana Menteri itu mengucapkan terima kasih kepada Zuckerberg kerana sumbangan rangkaian sosial tersebut semasa kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku di timur laut Jepun pada 11 Mac tahun lalu.

Laman Facebook itu menjadi tempat komunikasi dalam kalangan penduduk selepas bencana alam tersebut berlaku.

Zuckerberg yang bertali leher dan berkot pula menyatakan, Facebook menumpukan perhatian di Jepun kerana terdapat peningkatan bilangan pengguna sejak kebelakangan ini.

Facebook mempunyai lebih 10 juta pengguna di negara ini.

"Jepun merupakan satu-satunya negara di luar Amerika Syarikat yang mempunyai sebuah pejabat kejuruteraan kami kerana kami komited untuk menghasilkan produk yang amat bagus di sini," kata Zuckerberg.

Kelmarin, pengasas Facebook itu berada di Shanghai, China bersama kekasihnya.

Zuckerberg akan menghadiri majlis untuk pihak yang terlibat dalam pembangunan telefon bimbit, Mobile Hack Tokyo di sini



-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?