Bukalah kondom dengan cara di koyak dengan jari, jangan dibuka dengan gunting, pisau, atau benda tajam
Kajian menunjukkan bahawa antara 17 hingga 51,1 peratus lelaki, baru memakai getah kondom selepas melakukan hubungan seks. Hal ini tentu akan mengurangkan keberkesanan fungsi kondom terutama dalam mencegah penularan penyakit seksual.
2. Melucutkan kondom ketika masih melakukan seks
Hasil kajian, antara 13,6 hingga 44,7 peratus daripada sukarelawan yang terlibat dalam peneltian mengaku melucutkan kondom sebelum selesai melakukan hubungan intim.
3. Membuka sepenuhnya gulungan kondom sebelum digunakan
Fakta kajian menunjukkan, ada sekitar 2,1 - 25,3 peratus peserta kajian yang mengaku sudah terlebih dahulu membuka gulungan kondom sepenuhnya sebelum melakukan hubungan seks.
4. Tidak letak ruang di hujung kondom
Laporan menunjukkan, sekitar 24,3-45,7 peratus lelaki lupa untuk meletakkan ruang di hujung kondom sebagai tempat untuk cecair sperma.
5. Tidak mengeluarkan udara dari dalam kondom
Hasil kajian juga mendapati bahawa sebanyak 48,1 peratus perempuan dan 41,6 peratus lelaki tidak menekan atau mengeluarkan udara yang ada di dalam hujung kondom sebelum digunakan.
6. Kondom terbalik
Antara 4 dan 30,4 peratus daripada peserta kajian dilaporkan salah dalam mengenakan kondom, tetapi kemudian mereka menebalikanya lagi dan tetap meneruskan pemakaian kondom tersebut.
7. Gagal membuka gulungan kondom dengan sempurna
Ketika penyelidik mengesan lagi hubungan seks terkini yang dilakukan peserta kajian, diketahui ada sekitar 11,2 peratus perempuan dan 8.8 peratus lelaki mula melakukan hubungan seksual sebelum gulungan kondom terpakai sempurna.
8. Terkena benda tajam
Diketahui ada sekitar 2,1 sampai 11,2 peratus lelaki telah membuka bungkus kondom menggunakan benda tajam. Permasalahannya adalah apabila benda yang anda gunakan cukup tajam untuk mengoyak bungkusan kondom, maka ada kemungkinan kondom akan ikut terkoyak.
9. Tidak peka melihat kerosakan kondom
Apabila membuka kondom dari bungkusan, 82,7 peratus perempuan dan 74.5 peratus lelaki melaporkan bahawa mereka gagal untuk memeriksa kerosakan kondom sebelum digunakan. Apa yang perlu dilakukan? Pastikan bungkus kondom tidak dalam keadaan terkoyak dan lihat tarikh luput.
10. Tidak menggunakan pelincir
Antara 16 peratus dan 25,8 peratus orang melaporkan telah menggunakan kondom tanpa pelincir. Mengapa ini boleh menjadi masalah? Kerana, jika anda melakikan seks untuk jangka masa yang lama, kondom tersebut lebih mudah untuk koyak jika tidak memakai pelincir.
11. Komplikasi pelincir
Sekitar 3,2 peratus wanita dan 4.7 peratus lelaki dilaporkan menggunakan pelincir berasaskan minyak dengan kondom lateks. Pelincir dengan bahan dasar tersebut justeru akan melemahkan lateks, yang dapat membuat kondom terdedah kepada kerosakan.
12. Salah menarik kondom
Hampir 31 peratus lelaki dan 27 peratus wanita melaporkan bahawa pasca melakukan hubungan seks, mereka gagal untuk menarik kondom selepas ejakulasi.
13. Menggunakan kondom secara berulang
Penyelidikan mencari, antara 1,4 hingga 3,3 peratus orang menggunakan kondom yang telah di guna pakai. Kondom yang sama digunakan sekurang-kurangnya dua kali selama melakukan hubungan seksual.
14. Salah simpanan
Penemuan menunjukkan, antara 3,3 hingga 19,1 peratus peserta yang terlibat dalam kajian menyimpan kondom di tempat yang tidak sesuai sebagaimana yang tertera pada bungkusan. Elakkan untuk menyimpan kondom di dompet dan jangan simpan di tempat yang terkena sinar matahari.
15. Tidak memakai kondom sama sekali
Kesalahan yang terakhir ini sebenarnya bukan sebahagian daripada kajian. Tetapi, tidak ada salahnya untuk ditambah dalam senarai. Menurut kajian terbaru dari National Survey of Sexual Health and Behavior di Amerika Syarikat, hanya 45 peratus lelaki usia 18-24 tahun yang menggunakan kondom ketika berhubungan seks dengan pasangan. Bahkan, kajian juga mendapati hanya 29,3 peratus lelaki berusia 25-34 tahun yang memakai kondom dan hanya 21,3 peratus lelaki usia 35-44 tahun yang menggunakan kondom.
No comments:
Post a Comment