WoW!!? - " Justin Bieber Dapat Kereta Elektrik "






JUSTIN Bieber menerima sebuah kereta elektrik sebagai hadiah hari lahirnya yang ke-18.

Penyanyi lagu “Baby”, yang menyambut tarikh hari lahir yang paling bermakna, dihadiahkan sebuah kereta Fisker Karma 2012 yang mempunyai panel solar di bumbung, oleh pengurusnya, ketika muncul dalam rancangan “The Ellen De Generes Show”.

Ketika memberi hadiah itu, Scooter berkata, “Awak bekerja keras, sangat keras. Saya sentiasa menjerit kepada awak dan awak tak dapat hadiah mahal. Awak tahu kita bukan begitu. Sentiasa merendah diri dan nampaknya saya telah ingkar dengan peraturan saya. 



“Jadi kami mahu pastikan awak seorang yang mementingkan alam sekitar dan sebab awak memang sukakan kereta, kami mahu pastikan apabila awak berada di atas jalan, awak seorang yang mesra alam. Jadi, kami mahu hadiahkan awak sebuah kereta yang akan buatkan awak terkenal.

“Saya rasa awak tahu maksud saya dan sekarang saya yang berdebar-debar,” katanya.

Selebriti terkenal yang lain seperti Leonardo DiCaprio dan Ashton Kutcher, masing-masing mempunyai kereta mewah dan bergaya ini.

Kereta Fisker Karma berharga AS$100,000 (RM303,000) ini mempunyai 2 liter- 4 enjin hibrid dan mampu menandingi kereta sukan biasa yang banyak menggunakan petrol kerana ia mampu memecut dari 0-60 batu sejam dalam masa kurang enam saat dan mempunyai kelajuan maksimum 125 batu sejam.

Antara yang mewah mengenai kereta ini, enjin dihidupkan tanpa kunci, tempat duduk jenis “bucket seat” dan cat jenis debu berlian.

Kereta mewah mesra alam ini dilengkapi dengan bumbung solar.

Kereta itu boleh menggunakan tenaga dari matahari untuk menggerakkan bateri jenis “lithium-ion” yang memberi kuasa kepada enjin dwi elektrik.

Selain daripada itu, ia boleh memecut selaju 100 batu per gelen.

Kereta itu mempunyai mod dua pemanduan. Mod “Stealth” untuk pemanduan paling relaks dan pemanduan elektrik cekap, manakala mod “Sport” untuk menggunakan keseluruhan kuasa kereta itu.

Walaupun kereta ini masih tidak mampu dimiliki oleh orang biasa, Karma menjadi pilihan di kalangan golongan kaya yang mencintai alam sekitar.

Tetapi, Justin mungkin terpaksa memeriksa tarikh pengeluaran permainan barunya itu.

Tahun lalu, syarikat Fisker terpaksa menarik balik kesemua 239 unit kereta hibrid Karma 2012 kerana mempunyai masalah bateri yang mudah terbakar.

Penarikan itu menyebabkan pengeluaran kereta Fisker terjejas antara 1 Julai 2011 dan 3 November.

Kereta mewah ini merupakan satu daripada kereta mewah yang dimiliki oleh Justin.
Antaranya, sebuah Range Rover yang diubah suai dengan kos RM500,000, yang mempunyai sistem bunyi bernilai RM238,000, hiasan dalaman daripada kulit, cat baru dan enjin jenis Cosworth.

Sumber berkata, “Justin memang sayangkan keretanya walaupun dia baru saja capai usia dibenarkan memandu.”

“Teman wanitanya Selena Gomez mungkin akan gembira dengan hadiah terbaru ini.”
Selain daripada itu, Justin juga mempunyai kereta Cadillac bertemakan Batman dan sebuah kereta Ferrari.

                                      



-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?