Lelaki yang memiliki ketinggian 2.51 meter itu menjalani rawatan radiosurgery selama dua tahun di Virginia.
Minggu lalu, doktor memaklumkan dia berjaya mengatasi penyakit yang dialaminya yang menyebabkan dia terus mengalami pembesaran walaupun telah mencecah usia dewasa.
Menurut pakar, Jason Sheehan, Sultan bagaimanapun masih perlu menjalani terapi perubatan susulan ketinggian melampau yang dialaminya itu.
“Bagaimanapun, kita berharap dia tidak akan mengalami kesan sampingan lain selepas pembesarannya itu berjaya disekat,” katanya.
Dilahirkan dalam keluarga petani di Turki, Sultan mendapat liputan dunia selepas dia diisytiharkan sebagai lelaki paling tinggi di dunia pada bulan September 2009 oleh Guinness World Records.
Ketika itu ketinggiannya adalah 2.47 meter.
Dalam pada itu, Sultan berkata, tanpa rekod Guinness World Records itu, dia tidak berpeluang memberitahu kepada orang ramai mengenai keadaannya itu.
“Ia satu anugerah,” katanya.
No comments:
Post a Comment