Pelik!!? - Doktor Psikik Bedah Pesakit Tanpa Ubat Bius


                                         

Seorang lelaki berusia 69 tahun, Joao Teixeira de Faria dikenali sebagai pakar bedah psikik ekoran dia melakukan pembedahan ke atas pesakit tanpa menggunakan ubat bius.

Baru-baru ini, Faria cuma menggunakan sebilah pisau dapur untuk membuang sesuatu seperti selaput pada kedua-dua belah mata seorang lelaki Colombia, Juan Carlos Arguelles.


Arguelles
, 29, kabur penglihatan selama 12 tahun kerana menghidap penyakit keratokonus yang menyebabkan kornea matanya menipis.

Menurut
Arguelles, penglihatannya pulih sebanyak 80 peratus seminggu selepas menjalani prosedur tersebut dan bertambah baik pada setiap hari.

"
Doktor-doktor perubatan moden boleh berkata apa sahaja tentang kaedah perubatan ajaib ini tetapi saya tidak peduli," katanya.
Namun, de Faria menafikan dia memiliki sebarang kuasa ajaib ketika ditemu bual oleh agensi beritaAssociated Press (AP) di sini.

"
Tuhan yang menyembuhkan pesakit saya. Saya cuma perantara yang mengubati mereka," katanya.

De Faria yang berasal dari sini, barat daya ibu kota Brazil, Brasilia memberitahu, dia sudah lima dekad melakukan pembedahan psikik.

Kata de Faria, dia akan menggunakan kebolehannya untuk memukau pesakit agar tidak merasa sakit semasa dibedah.

Menurutnya, dia tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap pesakitnya tetapi menerima sumbangan dalam bentuk derma daripada mereka



-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?