Gadjet!!? - Motorola Lancar ATRIX2 Dengan Permainan EA






Motorola Mobility Inc menjalin usaha sama dengan Electronic Art (EA), syarikat hiburan interaktif digital global bagi melancarkan Motorola ATRIX 2.

Ini adalah usaha sama pertama Motorola Mobility tahun ini, dengan EA yang menyediakan 10 permainan untuk Motorola ATRIX 2, termasuk “Need for Speed Hot Pursuit” dan
EA Sport FIFA 10.

“Motorola ATRIX 2 ialah telefon pintar berkuasa yang dilengkapi ciri-ciri menarik yang sedia untuk perniagaan dan hiburan, pada harga menarik,” kata Pengarah Serantau Jualan Peranti Mudah Alih Motorola, Asia Tenggara, Robert van Tilburg kepada pemberita di sini, hari ini.


                                  


Ciri menarik lain telefon pintar baru itu ialah aplikasi MotoCast, yang membolehkan pengguna mengakses semua kandungan peribadi mereka di mana saja.

“MotoCast memastikan anda memiliki semua fail penting dalam tangan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu,” katanya.

Ditanya mengenai saingan daripada syarikat telefon pintar lain, beliau berkata syarikat itu yakin dapat bertahan daripada sebarang saingan berdasarkan pengalaman, reka bentuk inovatif serta kualiti produk.”

Motorola ATRIX 2
boleh diperoleh daripada peruncit terpilih di seluruh negara pada harga RM1,399


    



-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?