Gila!!? - Datuk rogol cucu!!?


-Gambar Hiasan-

Nafsu buas seorang warga emas berusia 71 tahun akhirnya memakan diri apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol cucunya yang berusia tujuh tahun, tiga tahun lalu.

Lelaki itu yang memakai baju kemeja dan seluar panjang mengangguk tanda faham dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan
Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, warga emas berkenaan merogol cucunya itu di rumahnya di Felda Bukit Rokan, Gemencheh, Tampin dekat sini, kira-kira pukul 5.30 petang, pada 2009 lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan sehingga 10 kali.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh merupakan datuk kepada mangsa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?