Tahukah Anda!!? - Keluarga ‘India’ Albino Terbesar Di Dunia





Siapa sangka, seorang lelaki India yang menghidap penyakit Albino yang telah berkahwin dengan seorang gadis India yang juga menghidap Albino menyebabkan seluruh keturunannya juga menghidap penyakit ‘kulit putih’ itu.

Roseturai Pullan, 50 dan isterinya, Mani, 45, mempunyai lapan lagi keturunan Albino di mana tiga orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuannya juga memiliki fizikal dan warna kulit yang sama.

Lebih pelik lagi, seorang dari anak perempuan pasangan itu, Renu, 23, juga berkahwin dengan lelaki Albino, Rosheh, 27 yang menyebabkan mereka turut melahirkan anak Albino.
Sebelum ini, Roseturai dan keluarganya mengalami kesukaran hidup memandangkan masyarakat di sekeliling kesemuanya memandang ‘pelik’ dan mereka dipulaukan dari menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

“Saya dengar orang ramai memanggil kami ‘angrez’, bermaksud ‘English’. Sangat susah untuk mereka memahami kami adalah orang India. Apa yang kami tahu, penglihatan kami terbatas, tidak boleh duduk bawah cahaya matahari terlalu lama, tetapi, kami akan hidup seperti biasa seboleh mungkin,” kata Roseturai.

Mani sebelum ini pernah cuba untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut dari hospital selepas dia melahirkan anak sulungnya kerana dia tidak mahu anak-anak seterusnya mengalami nasib yang sama.

Bagaimanapun, doktor yang melihat dia, suami serta anaknya berasa takut dengan keadaan mereka dan menyuruh mereka pulang sebelum Mani diperiksa.

Namun, mereka kini sudah boleh menarik nafas lega apabila ‘keunikan’ yang ada dalam keluarga mereka akan dicatatkan dalam Guinness World Record yang membolehkan kehidupan mereka ‘diiktiraf’ seterusnya membuka mata ramai pihak.

Seluruh ahli keluarga itu masih lagi menantikan saat gembira untuk mereka diiktiraf dalam Guinnes World Record.

“Kami adalah keluarga yang normal. Jadi, eloklah orang ramai mengenali kami,” kata Roseturai. 








-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?