Croatia merupakan sebuah negara beriklim sejuk yang mempunyai tradisi sendiri dalam seni pembuatan pakaian.
Antara yang paling terkenal adalah sarung pemanas zakar!
Tradisi yang berkurun lamanya ini bagaimanapun hampir ditelan zaman sehinggalah salah seorang warganya, Radmilla Kus mengambil keputusan untuk mempopularkan semula sarung tersebut.
Radmilla, 55, asalnya hanyalah seorang pengait yang menghasilkan cenderahati untuk pelancong tetapi kemahirannya dalam seni mengait secara tidak langsung membuka pintu untuknya menghasilkan sarung tersebut.
Percaya atau tidak, tempahan yang diterima sungguh hebat hingga memaksa beliau menggajikan ramai pekerja semata-mata untuk mengait sarung-sarung zakar berkenaan!
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa relevannya kain sarung itu?
Untuk pengetahuan anda, musim sejuk negara itu sering mencatatkan suhu yang melampau hingga ramai kaum Adam di sana diserang ‘frosbite’ terutama jika mereka menunggang kuda dalam tempoh yang lama.
Disebabkan bimbang alat genital mereka mengalami kecederaan, mereka mencipta sarung tersebut yang dikenali dengan nama ‘Nakurnjak’.
Ia sangat terkenal di kawasan perkampungan tanah tinggi di negara itu. Selalunya si isteri akan mengait sarung ini untuk diberikan kepada suami masing-masing.
Menurut Radmilla, wanita negara itu percaya, zakar yang ‘panas’ mampu menjadikan suami mereka ‘subur’ dan meningkatkan peluang untuk mendapat zuriat.
Ketika ditanya mengenai saiz sesebuah sarung zakar yang dipesan di kedainya, Radmilla berkata, pelanggannya boleh mengukur sendiri saiz kemaluan masing-masing, kemudian serahkan padanya.
” Sebenarnya saiz M pun dah cukup, tetapi biasalah, lelaki ni kebanyakannya ego…semuanya nak XXL,” katanya selamba.
Kehebatan kerja tangan Radmilla membuatkan ia cukup terkenal dan telah dijemput untuk memperkatakan produk itu di banyak negara termasuk di Amerika Syarikat.
Ketika ditanya mengenainya, Radmilla berkata, bila sampai ke sana nanti dia berhasrat mengait sarung zakar khas untuk Presiden Barrack Obama.
Persoalannya, macam mana nak dapatkan ‘saiz’ presiden itu?
Mungkin Secret Service (agensi yang bertanggung jawab atas keselamatan Presiden AS) boleh memberikan jawapannya
-Sumber-

No comments:
Post a Comment