Kemaruk mahu bersuamikan lelaki asing yang dikatakan lebih kacak, gagah, romantis dan pandai mengambil hati berbanding lelaki tempatan, rumah tangga dibina seorang wanita bagaikan neraka apabila dia hanya dijadikan tempat pemuas nafsu selain mangsa sepak terajang.
Lebih teruk, tidak sampai setahun berkahwin dan sebaik hartanya habis dikikis, lelaki Nigeria dikahwininya menghilangkan diri.
Seri... Menjadi pemuas nafsu
Itu antara pengalaman dilalui Seri, 29, angkara termakan umpan cinta Khazem, 38, yang pada mulanya memberikan layanan istimewa untuk memikatnya.
Bagaimanapun, sebaik berkahwin, istana cinta diimpikan bertukar neraka apabila dia dilayan seperti pelacur selain keringatnya dikerah untuk mencari duit bagi menyara hidup suaminya.
Menceritakan detik pertemuan mereka, Seri berkata, dia diperkenalkan kepada Khazem oleh rakannya yang turut menjalin hubungan dengan lelaki Afrika ketika belajar di sebuah kolej di Subang Jaya.
“Pada mulanya saya tak terfikir nak mengenali Khazem dengan lebih rapa"t. Namun disebabkan belajar di kolej sama, hampir setiap hari kami bertemu dan bermula dari situlah dia mengambil berat mengenai saya berbanding rakan lelaki lain.
-Sumber-
Lelaki afrika kan ke pandai melayan wanita? Itu yang digembar-gemburkan oleh wanita malaysia yang tak laku atau terlebih perasan tak layak untuk orang malaysia.
ReplyDelete