Terbaik!!? - Kumpulan 4 Nenek Bertopi Mencuri Lebih Dari RM1.49 juta




Polis memburu sekumpulan wanita yang memakai topi (Mad Hatters) mencuri kad kredit dan wang tunai yang dianggarkan berjumlah hampir AS$500,000 (RM1.49 juta) di Michigan, lapor sebuah akhbar semalam

Kumpulan yang terdiri daripada wanita yang digelar nenek itu mencuri dompet dan beg duit mengandungi kad kredit yang kemudian digunakan untuk membiayai kos membeli-belah mereka.

Menurut polis, wanita itu melakukan perbuatan tersebut sejak hampir setahun lalu.Seramai enam wanita dipercayai terlibat dalam aktiviti itu.

Menurut seorang pegawai polis, Leftenan Luke Riley kepada akhbar . wanita tersebut berusia pertengahan umur.

Rakaman kamera keselamatan merakamkan beberapa gambar wanita itu yang ada di antara mereka memakai topi berwarna biru, hitam dan putih.


-Sumber-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Lain!!?